Sabtu, 31 Oktober 2009

Nafsu

Alhamdulillah,dapat juga nak update blog hari ni. Tadi internet rumah ni buat hal pula, sampailah malam.hmm,kali ni saya nak kongsi mengenai apa yang saya dapat hari ni.Hari ni,ditakdirkan Allah,Allah memberi peringatan kepada saya semua mengenai NAFSU.Pagi-pagi saya dah dah dapat mesej mengenainya,mesej tu berbunyi:

"Tiada yang aku rawati lebih sukar daripada nafsuku sendiri,
satu ketika aku mengalahkannya.
dan satu ketika yang lain aku dikalahkannya"
(Sufyan At-Thauri)

Memang betul,ada masa kita memang dapat kalahkan nafsu kita...bilamana iman kita naik insyaAllah nafsu juga dalam kawalan dan panduan kita,tapi malangnya bilamana iman kita kurang,nafsu yang mengawal dan pandu kita.nauzubillah.Sedang saya menyambung bacaan sebuah buku yang masih belum saya habis baca, saya terjumpa mengenai nafsu lagi...wah hari ni topik dan peringatan untuk saya mengenai nafsu nampaknya,Alhamdulillah. Ia adalah kunci untuk kita mengekang hawa nafsu kita.kuncinya ialah:

"Bagaimana dapat ditentang hawa nafsu,
sedangkan ketika ia menyerang,
ia menguasai 2/3 akal.
Maka tiada jalan lain melainkan SABAR"
(Imam As-Syafie)

Subhanallah,besar peranan sabar rupanya dalam kehidupan kita.patutlah dalam Al-Quran banyak menyebut kelebihan orang bersabar.seringkali kita diingatkan dan diberitakan Allah dalam Al-Quran"BERILAH KHABAR GEMBIRA BUAT MEREKA YANG BERSABAR",dan dalam ayat yang lain"SABAR ITU CANTIK/INDAH" dan Allah juga berjanji bahawa "ALLAH BERSAMA MEREKA YANG BERSABAR",masyaAllah bersabarkah aku dan dirimu dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ni?Ya Allah,jauhi aku daripada pautan nafsu syaitan durjana ya Allah.Saya teruskan bacaan saya lagi,dalam ayat seterusnya menceritakan mengenai PENCINTA ALLAH,bagaimana SI PENCINTA ALLAH ITU?apa kaitan dengan nafsu pulaksoalPENCINTA ALLAH ITU IALAH:

"seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu,
tidak putus-putus mengingati Allah,
berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya.
Apabila dia berbicara,dia berbicara dengan Allah,
apabila dia berdiskusi,diskusinya tentang Allah.
Dia bergerak dengan perintah Allah.
Diamnya bersama bersama Allah.
Maka dia dengan Allah,Untuk Allah,dan bersama Allah"
(Abu Bakar al-Kattani)

Let's recheck ourself,ada kita punyai ciri-ciri di atas?honestly,saya masih bermasalah dalam mengawal nafsu,maka masih tidak layak bergelar PENCINTA ALLAH.mengatakan sayang dan cinta amat mudah,tapi dalam membuktikan rasa sayang dan cinta itu amat payah,ditambahi lagi dengan ujian-ujian yang menimpa diri.ingatlah kita,"NAFSU SENTIASA MENGARAH KEPADA KEMUNGKARAN!.bila nafsu kuasai diri,ini yang akan terjadi:

Italic"Apabila hawa nafsu sudah dominan,maka hati akan gelap.
Apabila hati gelap,maka dada kan menyempit.
Apabila dada menyempit,maka akhlak jadi buruk.
Apabila akhlak buruk,maka makhluk akan membencinya"
(Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq)


Ya Allah Ya Tuhanku,jauhkan kami daripada pautan nafsu syaitan durjana
&
kami berlindung pada-MU daripada kejahatan nafsu kami
&
Jadikan kami daripada golongan orang yang SABARros

Sabtu, 17 Oktober 2009

Pinggan.........

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina.

Begitulah jua halnya dgn Allah SWT. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita..Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak utk menghumbankan kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Renung-Renungkan

Apa yang sudah jadi ??
Mungkin golongan ini tidak sedar yang mereka telah membuatkan orang lain menjadi mangsa. Kini gadis bertudung dipandang serong oleh masyarakat. Salah siapa? Apa yang berlaku telah memberi peluang kepada yang tak bertudung berkata dengan megahnya, 'PAKAI TUDUNG TAK SEMESTINYA ELOK PERANGAI'. Ya!!! Memang pakai tudung tak semestinya elok perangainya.
Tapi "Yang bertudung itu belum pasti azabnya, yang tak bertudung sudah pasti azabnya."

Sebenarnya saya tak mampu lagi nak mendengar cemuhan masyarakat terhadap gadis bertudung. Yang bersalah hanya segelintir, tapi masyarakat seolah-olah menganggap semua gadis bertudung itu buruk perilakunya. Mereka berhak bercakap kerana semuanya realiti. Untuk mengubah pandangan masyarakat ini, sesuatu perlu dilakukan dan yang mampu mengubah ini semua hanyalah GADIS BERTUDUNG.

Memakai tudung, tapi tanpa segan silu bercakap dgn lelaki bukan muhrim tanpa sebab. memakai tudung ttp tanpa segan silu memegang tangan bukan muhrim. Memakai tudung, tapi tanpa segan silu berkepit, membonceng motor bukan muhrim. Memakai tudung, tapi tanpa segan silu menunjukkan bentuk badan. Seluar yang ketat dan sendat sudah menjadi amalan. Di atas bertutup tapi
ketulan-ketulan lemak di bahagian peha dan pinggul tanpa segan silu menunjukkan wajahnya. Yang lelaki hanya tersenyum, dapat melihat tayangan free tanpa perlu kenakan bayaran.. Allah memberi rezeki tapi tidak dimanfaatkan. Wang yang ada diguna untuk membeli baju yang tidak sesuai. Baju yang longgar dipandang hanya sebelah mata. Tapi baju yang hanya layak untuk budak berumur 5-6 tahun yang menjadi rebutan. Bentuk badan yang hanya untuk tatapan suami dapat ditatap oleh semua orang. Memakai tudung, tapi perhiasan yang wajib dilindungi dibiarkan tanpa pelindung. Semuanya sudah menjadi kebiasaan. Apabila sudah menjadi budaya, yang haram dihalalkan.

Lelaki Itu.......

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti. Itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sakit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang….
1-KUAT AGAMANYA.
Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
2-BAIK AKHLAKNYA.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-unsur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada keluarga begitu ketara.
3-TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti `rumah urut', disko, pub dan bar?
4-AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan uwang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikonsi bersama mereka yang berhak.
6-TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
7-TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.
8-RAKAN PERGAULANNYA.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
9-BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk ibu bapak dan keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.
10-TENANG WAJAH
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas bara.

Selasa, 13 Oktober 2009

Pesanan

jangankan lelaki biasa, Nabi pun sunyi tanpa wanita, tanpa mereka, fikiran lelaki akan resah, masih mencari walau ada segalanya, apa yang tiada dalam syurga? namun adam tetap rindukan hawa. dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu, untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus.... mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus, luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah, didiklah mereka dengan panduanNya, janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana mereka nantinya akan liat, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan derita, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitu punca kekuatan dunia!!! akan senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu, hati separuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman, perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak, suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan, bisikkanlah ke telinga mereka bahawa, kelembutan bukan suatu kelemahan, ia bukan diskriminasi Tuhan, sebaliknya disitu kasih dan sayang Tuhan, jinakkanlah diri kepada Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu,
JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA, ANDAI DIRIMU TAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARRAMALLUHUWAJHAH.

Muzakarah

Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu: 1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati. 2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat. 3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa? 4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu. 5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

5 Kali Sehari

Saya teringat satu kisah yang menimpa seorang ulama sewaktu dia dalam penerbangan. Apabila tiba waktu solat, dia pun pergilah ke tandas untuk berwuduk. Al maklum, tandas di dalam kapal terbang memang sempit, maka dia pun terpaksalah membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala dia sedang mengangkat salah satu daripada kakinya ke sinki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan segera menegurnya.Pramugari: (Dengan suara dikeraskan) Tuan tak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu.Ulama: Mengapa?Pramugari: Kotorlah sinki itu nanti.Ulama: Tapi tidak disediakan gayung untuk saya mencuci kaki di mangkuk tandas.Pramugari: Itu bukan alasan membasuh kaki di sinki.Ulama: Habis, kalau saya hendak membasuh kaki di mana harus saya membasuhnya?Pramugari: Tak perlu mencuci kaki ketika menaiki kapal terbang.Ulama: (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?Pramugari: Tuan, orang macam saya paling tidak cuci muka sekali atau dua kali sehari. Takkan tuan tak tahu pramugari macam kami perlu jaga penampilan wajah. Kami kena rawat wajah kami setiap masa. Kami kena pastikan orang puas hati walau hanya dengan melihat wajah kami.Ulama: Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, satu kali cuci tiga kali berturut-turut, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.Jawapan seperti ini bukanlah pula hendak merendah-rendahkan orang lain tetapi sekadar membuat perbandingan ciri orang beriman bersama bukti dengan orang beriman tanpa bukti. Orang yang beriman bersama bukti, walau apa pun keadaannya dia akan lakukan semua kewajipan biarpun susah, sebaliknya orang beriman tanpa bukti berpegang teguh pada suara hati tetapi tidak sanggup atau kecundang tatakala diberikan sedikit ujian.

Andai Ku tahu

andai ku tahukapan tiba ajalkuku akan memohonTuhan tolong panjangkan umurkuandai ku tahukapan tiba masakuku akan memohonTuhan jangan Kau ambil nyawakuaku takutakan semua dosa-dosakuaku takutdosa yang terus membayangikuandai ku tahumalaikatMu kan menjemputkuizinkan akumengucap kata taubat padaMu..chorusampuni akudari segala dosa-dosakuampuni akumenangis ku bertaubat padaMuaku manusiayang takut neraka.namun aku jugatak pantas di surgaandai ku tahukapan tiba ajalkuizinkan akumengucap kata taubat padaMuampuni akudari segala dosa-dosakuampuni akumenangis ku bertaubat padaMuandai ku tahu-ungu

Cubaan Pertama

Cubaan Pertama