Ahad, 23 Mei 2010

Sujud

Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna.

Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat.

Di dalam Majalah Buletin Bulanan MICNA, jurucakap persatuan ini membuat kenyataan bahawa;

"Darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat yang telah diwajibkan oleh Islam".

Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.

Doktor neurologi tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuki darah walaupun sepatutnya setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Kini doktor tersebut memeluk Islam dan beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Beliau juga membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui Al-Quran dan Hadis Nabawi. Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed).

Manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.

Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.

"Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara normal"

Sabtu, 1 Mei 2010

Tidurla Dalam Senyuman

Tidurlah dalam senyuman

SETIAP orang berhak untuk bahagia! Ingin tahu bagaimana menjadikan hidup anda lebih ceria? Ikuti beberapa tip di bawah. Mungkin ia dapat membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik.


Buka hari anda dengan sebuah senyuman! Senyumlah, anda akan berasa lebih segar. Sebaik anda buka mata, senyumlah pada yang tersayang. Mungkin dia juga menunggu untuk senyum kepada anda. Atau, bukalah tingkap dan pandanglah pada mentari yang sedang menanti anda. Ukirlah senyuman manis di bibir anda apabila melihat sinarannya.


Pastikan hari anda lebih indah daripada sebelumnya. Anda berkuasa sepenuhnya bagaimana untuk mencorakkan hari anda. Jadi, pilihlah untuk mulakan hari anda dengan sedikit gerakan pada bahagian bibir. Biasanya, sesuatu yang bermula dengan baik akan berakhir dengan lebih baik!


Hadapi semua masalah dengan hati terbuka. Kemudian, barulah bertindak. Mungkin hari ini anda sedang menghadapi detik-detik sukar dalam hidup anda. Sekalipun kita tidak mampu mengelak daripada masalah tersebut, kita mesti berjaya berdepan dengannya. Yakinilah, jika anda telah berusaha keras untuk menanganinya, hasilnya juga pasti berbaloi. Anda hanya perlu bersabar sahaja menunggu ganjaran itu datang kepada anda. Ia tetap datang. Cepat atau lambat sahaja. Hidup ini memang begitu! Dan sebenarnya, kehidupan kita pada hari ini hasil daripada apa yang telah kita lakukan pada hari sebelumnya.


Hulurlah tangan kepada sesiapa yang memerlukan. Meringankan penderitaan seseorang akan dapat meringankan hati anda. Andainya anda terlihat seekor rama-rama terkapai-kapai di permukaan air dengan badannya yang terbalik ke atas, ambillah sedikit masa untuk menyelamatkannya. Jika tergerak naluri anda untuk menyelamatkan seekor rama-rama yang hampir kelemasan, tentulah anda tidak sampai hati membiarkan seorang manusia seperti anda menanggung kesusahannya seorang diri.


Paling tidak, berilah sokongan kepadanya sekalipun anda tidak mampu menghulurkan bantuan yang lebih dari itu. Hari ini seseorang memerlukan anda, tapi pada hari esok anda pasti memerlukan seseorang. Oleh itu, patuhilah fitrah alam bahawa kita saling memerlukan.


Belajarlah untuk berkata benar. Kebenaran itu indah. Tapi harus berpada-pada. Pastikan kebenaran itu tidak melukai sesiapa. Mungkin kebenaran itu bermakna bagi satu pihak, tapi menyakitkan bagi satu pihak yang lain. Letakkan diri anda di tempat pihak tersebut dan cubalah fahami situasinya jika berdepan dengan kebenaran yang bakal anda bentangkan. Tidak salah berkata benar, malah memang anda dituntut untuk berbuat demikian. Tapi, nyatakannya dengan berhemah agar tidak melukai hati sesiapa.


Cuba hadkan keinginan harian anda. Keinginan yang terlampau banyak dan tinggi hanya akan menambahkan tekanan dan kerisauan. Janganlah dalam sehari itu anda mengerah segala tumpuan dan usaha untuk memiliki rumah besar, kereta mewah dan wang berjuta. Semua ini boleh menyebabkan anda tidak senang duduk.


Jangan sesekali membebankan hidup dengan memikirkan bagaimana caranya untuk mendapatkan semua itu serentak, pada hari itu juga. Penuhi keperluan asas anda dan keluarga terlebih dahulu. Kemudian, barulah fokus kepada kehendak tersebut satu per satu.


Hargai dan fahamilah bahawa Tuhan merupakan pemilik yang agung. Anda perlu menerima hakikat bahawa apa yang menjadi milik anda pada hari ini hanyalah milikan sementara. Tiada yang kekal. Hari ini anda disayangi keluarga, rakan-rakan, teman sepejabat, tidak mustahil suatu hari nanti situasi akan berubah. Mungkin hari ini anda mempunyai kereta yang cantik atau rumah yang besar tapi belum tentu anda akan memiliki benda yang sama pada hari esok.

Anggap saja ia sebagai amanat yang dipertanggungjawabk an oleh Tuhan kepada anda. Dan suatu hari nanti, anda akan memulangkannya kepada yang hak iaitu Tuhan. Hargai dan syukuri apa yang ada dalam genggaman anda hari ini dan biarkan ia pergi jika memang itu yang telah dilakdirkan.

• Sekiranya anda berjumpa seseorang yang lebih baik daripada anda, jangan sesekali biarkan perasaan dengki menyelubungi diri anda. Kagumi kejayaannya. Dalam masa yang sama, fikirkan orang lain yang jauh lebih teruk berbanding anda. Anda sebenarnya bernasib baik jika dibandingkan dengan sesetengah orang yang terpaksa hidup, dalam penderitaan dan kesengsaraan. Jika anda fikirkan anda manusia malang, ketahuilah bahawa di luar sana ramai lagi yang lebih malang.


Berani mengakui kesalahan sendiri. Ketepikan sejenak ego yang ada dalam diri, hati anda akan lebih tenang. Tiada sesiapa yang dapat lari daripada membuat kesilapan. Itulah fitrah manusia seperti kita.


• Sebelum melelapkan mata, insafilah semua rahmat yang telah dianugerahkan- Nya kepada anda sepanjang hari itu. Ingatlah semua yang telah anda lakukan pada hari ini. Bermohonlah kepada Yang Maha Kuasa supaya anda akan kekal dalam rahmatnya untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Jangan lupa mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana menjadikan diri anda seperti anda pada hari ini. Setelah itu, pejamkan mata dengan bibir yang tersenyum serta hati yang bersih dan ceria.

Lawak....

citer 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?

Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..

Suami : Buku apa?

Isteri: Buku bank abanglah..


Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.

Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

budak : derma ape bang?

lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk

didermakan?

budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.

lelaki : ?????


Citer 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?

Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.

Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.

Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........


Citer 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah
bertiga!!!


Citer 5

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu, Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja. Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.

Kawan Tok Batin : ????????


Citer 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

" Assalamualaikum "

" Walaikumsalam "

" Ni rumah encik Sameon ye?

" Ya saya"

" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "

" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 7

Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan

polis : selamat pagi

polis : apa hal

orang asli : saya nak buat repot tuan

polis : fasal apa tu

orang asli : kawan saya di baham harimau

polis : pukul berapa

orang asli : dia tak pukul, terkam

polis : habis?

orang asli : tak habis, tinggal kepala


Citer 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya
membaca," kata lelaki itu dengan riang.


Citer 9

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar

surat ..

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".

"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam

tong merah tu?"


Citer 10

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa
mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan

sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Jumaat, 30 April 2010

Persoalan Hidup

6 PERSOALAN HIDUP

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan
matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Ingatlah wahai saudara seakidahku..
Bagaimana kita merasai panjangnya malam hari,
pasti esok fajar akan meniti..
Begitulah juga bagaimana kita merasai panjangnya umur manusia,
pasti nanti kematian akan menjemputnya. .

"Perkara yang paling aku menyesal ialah apabila matahari terbenam usiaku bertambah,tetapi amalanku tidak bertambah"-ibnu mas'ud-